Bilik darjah merupakan tempat yang amat penting kepada guru sekolah dan kanak-kanak, dimana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di bilik darjah. Kerjaya seseorang guru bermula apabila mereka memberi pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid sama ada di dalam bilik darjah ataupun diluarnya. Bilik darjah memerlukan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan ceria semasa pengajaran dijalankan. Setiap bilik darjah di sekolah, diberi pengajaran dan pembelajaran yang berbeza mengikut peringkat umur murid-murid. mereka mempelajari pelbagai subjek mata pelajaran mengikut perkembangan dan keupayaan dalam subjek yang diajari oleh guru sekolah. Guru sekolah juga dapat mengetahui peringkat perkembangan murid-muridnya dan masalah dalam pembelajaran di bilik darjah. Bilik darjah juga memerlukan interaksi antara guru dan murid-muridnya untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat beberapa ciri-ciri bilik darjah pada masa hadapan, antaranya ialah;
Bahan bantu mengajar menggunakan teknologi canggih dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bahan bantu mengajar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberi pengetahuan baru kepada murid-murid mengenai teknologi masa hadapan. Guru juga mendapat kebaikan daripada teknologi yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan olehnya. Sebagai contohnya, E-Book, NoteBook dan Learning Pod. Learining Pod merupakan program yang digunakan untuk tujuan memberikan gambaran tentang bilik darjah pada masa akan datang kepada kanak-kanak melalui beberapa siri kegiatan interaktif. Program Learning Pod terbahagi kepada empat komponen iaitu terumpu kepada sains dan kegiatan-kegiatan kreatif seperti kitar semula, zon kegitan bebas seperti kraf tangan bagi kanak-kanak, mengambil gambar dengan maskot learning Pod dan yang paling menarik ialah program dengan robot IDA,Pepper, selama 15 minit. Program ini dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak ( ECDA ) dan Penguasa Pembangunan Infokom ( IDA ) bagi kanak-kanak Prasekolah. Setiap teknologi yang digunakan mempunyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Justeru, guru dan murid-murid mendapat meneroka sesuatu yang baru.
Persekitaran bilik darjah yang menarik dan canggih. Persekitaran yang baik untuk bilik darjah adalah mesra alam dan mesra budaya, bagi memudahkan guru menyediakan kemudahan yang baik kepada murid-murid. Oleh itu, pengurusan bilik darjah sangat penting dalam susun atur bilik darjah yang mempunyai persekitaran fizikal dan persekitaran sosio-emosi yang teratur dan menarik. susun atur yang dilakukan mengikut corak duduk murid dan fungsi yang baik, peralatan yang lengkap, serta cahaya dan udara tingkap, pintu, kipas dan lampu yang lancar. Sekolah perlulah mewujudkan bilik darjah yang menggalakkan komunikasi dan kerjasama antar murid yang akan membantu pembentukan pemikiran logik dan kreatif dalam kalangan murid. Menurut Marland ( 1975 ), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam membelajaran. Suasana pembelajaran pada masa hadapan ialah berasaskan murid, pembelajaran kolaboratif, pemikiran aras tinggi, pentaksiran dan belajar untuk kehidupan.
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan pedagogi di bilik darjah. Pedagogi merupakan suatu seni pengajaran yang melibatkan menggunakan kaedah dan teknik mengajar. Pendekatan pedagogi ialah satu strategi bagaimana sesuatu pelajaran disampaikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai hasilnya. Pembelajaran pedagogi digunakan dalam kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran, aplikasi teori kecerdasan pelbagai, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, pengajaran berasaskan kajian masa depan, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar. Sebagai contoh, seseorang pendidik yang mempunyai bakat dan kecekapan melaksanakan tugas-tugas pengajaran dengan berkesan, khasnya dalam bidang perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, psikomotor dan afektif.
Kesimpulannya, murid-murid akan menentukan dan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sendiri, Justeru, guru hendaklah mengambil tanggungjawab sebagai pendidik, menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar dan mendidilk kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan seseorang untuk membimbing, menjaga dan mendidik mereka ke arah yang baik dan positif. Bilik darjah umpama rumah kedua kepada kanak-kanak dan guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik mereka dengan dengan kaedah yang kreatif dan estetika.

No comments:
Post a Comment