Angel Wing Heart

Followers

Monday, 16 January 2017

KELEBIHAN MENGGUNAKAN KOMPUTER DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DG SITI FAJARIEYAH BINTI MOHD ALIAS
EC1410005
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 
GURU






  Apa itu komputer? komputer adalah mesin elektronik yang memproses data mengikut satu senarai arahan yang dipanggil program. pada asasnya, komputer mengandungi tiga langkah utama iaitu input, proses dan output. Input merupakan data yang dimasukkan ke dalam komputer menggunakan peranti input. Papan kekunci, tetikus, papan lukis, pengimbas, mikrofon, kamera web dan kamera digital adalah contoh peranti input. Proses memasukkan data disebut sebagai input. Manakala proses, ialah komputer memproses data kepada bentuk yang boleh digunakan. Proses adalah langkah untuk mengubah data ke dalam bentuk yang berguna menggunakan set arahan yang disebut perisian. Output, ialah hasil dari pemprosesan komputer disebut output. Peranti output termasuk monitor, pencetak, pemancar overhed dan speaker. Mohamad Awang Lah (1988), berpendapat bahawa sejarah komputer di Malaysia belum mencapai setengah abad. Agensi kerajaan terawal yang mula menggunakan komputer ialah Jabatan Hasil Dalam Negeri, Lembaga Letrik Negara dan Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang pada pertengahan tahun 1960-an. Perkembangan penggunaan komputer selanjutnya tidak begitu ketara sehingga akhirtahun 1970-an iaitu apabila penggunaan minikomputer dan mikrokomputer mula berkembang. Konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer (PPBK) pula dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar melalui penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan mutu pendidikan. Di samping itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran ini dapat mendedahkan para pelajar kepada penggunaan komputer dalam pembelajaran (Said Draman,2001). kesedaran tentang kepentingan aplikasi komputer dalam bidang pendidikan mula disuarakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamed. Usaha ini diharapkan dapat merealisasikan aspirasi negara untuk mencapai tahap negara maju berasaskan sains dan teknologi menjelang tahun 2020. 


    Terdapat lima kelebihan menggunakan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah pertama,dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Komputer mempunyai pelbagai jenis aplikasi di dalamnya yang dapat memudahkan murid-murid untuk mempelajari dan memahami dengan baik.  Guru memainkan peranan yang penting untuk membimbing murid-murid dalam menggunakan komputer dengan kaedah yang betul. Komputer juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menguasai kemahiran kognitif dan psikomotor mereka. Menurut Zoraini Wati Abas, 1995, Sekolah yang menjadi tempat didikan awal seseorang ialah ruang yang paling sesuai untuk menyampaikan pengetahuan terkini, melatih kemahiran dan juga memupuk sesuatu nilai yang positif. Sebagai contoh, komputer notebook dan E-Book. Murid-murid berpeluang untuk menggunakan komputer dengan bimbingan daripada guru-guru.


 Kedua, Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, menyeronokkan dan mencabar. Guru boleh menggunakan komputer untuk sesuatu yang menarik perhatian murid-murid berdasarkan ingatan mereka dalam berpengetahuan, berpemikiran, berdaya kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Guru-guru boleh mengajar pembelajaran bahasa berbentukan komputer atau Computer Assisted Language Learning (CALL) dan juga bukanlah sesuatu perkara yang baru dalam dunia pendidikan. Aplikasi yang digunakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid  dalam definisi konsep teknologi maklumat dan multimedia.  Sebagai contoh, aplikasi berbentuk abjad, matematik, bahasa dan sains. 


  Seterusnya, ketiga. Dapat memudahkan kerja seseorang guru dalam menyampaikan maklumat pelajaran kepada murid-murid. Seseorang guru boleh memberi peluang kepada murid-murid untuk mempraktikkan dan membuat latihan di dalam makmal dengan bantuan dan bimbingan daripada guru. Manakala penilaian ataupun pemerhatian boleh dijalankan berdasarkan latihan yang beri kepada murid-murid dalam perkembangan pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru boleh menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, projektor dan slide. Kaedah yang dilakukan oleh guru dapat memudahkan mereka untuk menyampaikan maklumat pelajaran berdasarkan komputer. 


   Selain itu, keempat. Dapat meningkatkan pencapaian murid-murid melalui penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer yang digunakan oleh guru, dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran iaitu, bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan sains. Setiap aplikasi di dalam komputer menggunakan konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer (PPBK). 
   

   Kelima, guru dapat memanfaatkan keupayaan komputer untuk menyelesaikan masalah-masalah pembelajaran mereka. Guru boleh memanfaatkan keupayaan komputer untuk mengetahui pembelajaran, memantau perkembangan kemajuan murid-murid dan memberikan peluang sesama mereka untuk berkomunikasi melalui komputer. Oleh itu, guru-guru boleh mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran abgi meningkatkan mutu pendidikan murid-murid di sekolah. pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar dalam bentuk media elekronik. Sebagai contoh, komputer, CD-Rom, E-kamus, Televisyen dan Projektor.

  Kesimpulannya, komputer merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian terhadap masyarakat, khususnya warga emas, orang dewasa, remaja dan kanak-kanak pada masa kini. Komputer perlulah digunakan untuk kebaikan pendidikan yang melibatkan kanak-kanak dan juga dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komputer.

Sekian, terima kasih.......












  

No comments:

Post a Comment